Loteng Anak-anak

Loteng ni bermaksud satu ruang atas tanpa dinding. Ramai yang salah faham istilah loteng ni. Kata loteng, tapi bila tengok siap ada dinding antara dua bilik. Tambah lagi bilik air. Nak buat boleh bilik air dan tambahan lain, ruang tu perlu terbuka la. Contohnya, gunakan kabinet baju sebagai dinding untuk jadi dua ruang, atau boleh letak tirai/kain langsir. Nak toilet? Sediakan mangkuk tandas sebelah katil. Maka kekallah ia sebagai ruang loteng. Dalam lokap boleh la buat toilet sekali dalam bilik kan. Kalau rumah ni tak tergamak rasanya. 

Jadi, untuk tahun ketiga ini barulah kami dapat menyediakan loteng. Tujuan kami buat loteng ni untuk dijadikan bilik anak lelaki sulung kami. Ruang bawah kami jadikan bilik pakaian (tempat menjemur baju dan iron). Kami terfikir nak buat sebab siling bilik tengah terlalu tinggi dan rasa membazir.

Kami survey beberapa orang tukang. Pertama dengan tukang kayu (pekerja Indonesia dari tapak bina taman). Tengok contoh daripada jiran yang dah siap bina loteng dengan harga RM1500. So far okey. Lantai playwood dan tangga macam tangga belakang lori bomba. Dan kami memanggil tukang kayu. Tapi lambat sangat datang, kami panggil pula tukang lain. Dia bagitau kalau guna simen bata, RM5000. Tapi bahan kayu akan membazir. Kami rasa sayang sangat dengan duit. Cancel dengan dia dan cari tukang besi pula. Dia datang dan kami bagi design yang direka sendiri oleh kami. Dia bagitau harga dalam RM2800. Kami terus setuju. Deal bulan 10 datang hujung bulan 12. Haha...

Saiz bilik 10 x 10 kaki. Di sekeliling dipasang kerangka dan gunakan bolt nat supaya kukuh. 

Memasang kerangka tengah supaya tidak melendut. Kenapa nampak sebelah kanan lebih tinggi? Sila scroll bawah untuk mengetahui kenapa.

Lantai dipasang dengan menggunakan bahan papan lapis yang tebal. Selapis je. Kalau tak yakin boleh pakai dua keping. Ini maklumat daripada orang lain. Tak sure pula boleh pakai tak untuk dua keping.

Tangga dipasang kemudian. Curam sedikit dengan lapan anak tangga. Kotak dialas supaya lantai bawah tiada tompok hitam semasa welding. Kami dapat kesan kesilapan apabila susur tangan terlalu rendah. Sepatutnya susur tangan bermula di tangga kedua atau ketiga. Anak-anak kami dah beberapa kali terlanggar dan terhantuk kerana susur tangan bawah separas ketinggian kanak-kanak. Sangat bahaya. 

Pandangan daripada bawah. Di masa akan datang, kami akan tutup bahagian bawah ini untuk dijadikan stor. 

Terdapat lantai rehat sebelum membelok tangga kanan. Tak tahu lah istilah betul ke tak ni.

Besi yang meninggi di sebelah kanan tadi kami jadikan katil. Bawah boleh dijadikan tempat simpanan. Sama saiz dengan katil queen.

Pengadang besi yang simple sahaja. Yang penting kukuh. 

Pandangan daripada katil. Lampu tu akan dibuang kerana mengganggu laluan ke atas. Tangga tu sempit je. 

Akhirnya tingkap bahagian atas ni searas dengan kami. Kami akan tukar tingkap ni nanti kepada slide window. Keutamaan keselamatan apabila berlaku kebakaran.

Kami minta tambah lagi kerangka bersilang supaya tidak la seperti berjalan di atas tilam. Bila dah tambah, barulah yakin memijaknya. 

Buat masa ni, kami tidak bercadang jadikan bilik anak teruna sebab baru darjah dua. Lagipun bilik belum lengkap dengan plag, lampu dan perabot. Kami takkan letak perabot atas lantai. Semua akan dilekat di dinding. Cuma belum boleh buat lagi. Nak buat sendiri je. Kalau upah akan menggunakan modal yang besar. Buat sementara, ruang main jela dulu.

 Mural yang tak berapa menjadi. Gambar tu main lukis je. Nak kena touch up balik. Boloks!

Letak karpet Ikea dan aksesori yang ceria untuk menjadikan ruang menarik. Ruang bawah tak tunjuk pun sebab masih lagi bersepah. Lantai dan tangga dicat berlainan warna. Ikut hati nak pakai karpet macam karpet masjid. Tapi modal sangat besar. Hold dulu. Nanti ada rezeki baru upgrade. 

Lokasi di Kemaman, Terengganu.




9 comments:

  1. tahniah zizi dan nhazla..sangat kreatif dan menarik..penceritaan pun superb....xsabar nak datang lagi...hihihi

    ReplyDelete
  2. sebenarnya takde la apa sangat. haha... sekadar perkongsian ilmiah. by the way, tq. sila la datang ke umah :)

    ReplyDelete
  3. Salam puan,

    Ada nombor yang boleh dihubungi tak? KL, Putrajaya, Selangor hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf sbb br reply. yg ni kemaman punya. 013-9327911 (matyie)

      Delete
  4. Soalan saya, panas tak atas loteng tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. panas kalau dah masuk musim. kami bercadang untuk buat dinding bulan 3 nanti dan pasangkan aircond

      Delete
  5. Replies
    1. Assalamualaikum
      Perkhidmatan yang kami tawarkan:

      -Bina rumah.
      -Ubah suai rumah dan pejabat.
      -Ubah suai dapur.
      -Buat cabinet dapur dan table top.
      -Buat porch.
      -Buat pagar.
      -Buat gate, grille,awning.
      -Plaster cailling.
      -Pasang pintu dan tingkap.
      -Pasang seramix.
      -pasang singki dan mangkok tandas.
      -Megecat luar dan dalam rumah atau pejabat.
      -Membaiki atap atau bumbung bocor.
      -Membaiki saluran singki dan tandas tersumbat.
      -Membaiki lantai bilik air bocor.(kerja2 waterfrufing).
      -Kerja-kerja paip atau plumbing.
      -Kerja-kerja elektrikal.
      -Tebang pokok.
      -DLL.

      Kami menawarkan kadar harga yg berpatutan dan kerja yang berkualiti dan guarantee.
      Untuk sebarang maklumat atau pertayaan.
      Sila hubungi atau Whatssap
      www.wasap.my/60125333682

      Delete
  6. Wah menariknya. Sy pun plan & survey2 untuk buat loteng ni. Tuan ada no tukang ni ke. Boleh riki2 tanya kos

    ReplyDelete