Kek Cheesekut cara mudah ABC

Secara jujurnya, rumah kami jarang berasap. Apatah lagi nak sediakan desert macam ni. Tapi, bila dah ke kedai, terasa terliur je nak membeli barang-barang kek. Masa tu jugalah kami search kaedah membuat Kek Cheesekut. Senangnya!

Kami membeli bahan-bahan sebagaimana yang dikehendaki. Balik daripada kedai dan terus ke dapur untuk memulakan operasi.

Alatan :
  1. Bekas segi empat tepat.
  2. Bekas menggaul bahan
  3. Pengacau
Bahan-bahan :
  1. Creme Cheese Tatura
  2. Biskut crackers jenama Hup Seng (Biru)
  3. Susu pekat 505g
  4. Susu segar krim 250g
  5. Nestum
1. Tuang 3/4 susu pekat ke dalam bekas bersama dengan creme cheese. Masukkan sedikit susu segar krim. Kacau sehingga sebati dan naik buih yang padat.

2. Celup biskut ke dalam susu segar. Jangan rendam. Celup dan terus angkat.

3. Pastikan biskut masih dalam rupa asal. Susun bermula di bahagian tepi dahulu.

4. Penuhkan lapisan bawah bekas. Pandai-pandailah patahkan biskut bagi memenuhkan ruang yang kosong.

5. Masukkan creme cheese yang dikacau dengan susu pekat ke atas permukaan biskut yang telah disusun tadi.. Nipis sahaja tau. 

6. Taburkan nestum dengan rata di permukaan lapisan tadi.

7. Ulang balik sehingga lapisan ke4.

8. Topping atas biarlah tebal dengan creme cheese bagi menutup rupa biskut. Tabur nestum bersama milo. Milo sedikit sahaja tau. Taknak letak pun takde masalah. 

9. Masukkan dalam peti semalaman. Kami letak semalamam sebab buat tengah malam. Nak makan sejam lepas tu tak baik untuk kesihatan. Kolesterol tinggi ni...

10. Nah! Hasilnya sangat berbaloi. Rasa biskut yang mewah. Hahaha... Selamat mencuba!


Nyam-nyam

Toyota Mega Gathering 2017

Alhamdulillah....

Selesainya satu majlis yang agak besar tahun ni. Melibatkan 720 kenderaan yang berdaftar dengan kehadiran 1400 peserta. Satu program yang sangat besar dan bermakna buat kami. Tibalah giliran GTOC ( Ganu Toyota Owner Club) bertanggungjawab untuk menganjur Mega Gathering bagi tahun 2017.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengumpulkan kenderaan berjenama toyota di seluruh Malaysia. Pada mulanya program ini lebih bertujun mengumpul kepada kenderaan yang ber "chassis"kan AE. Namun kebelakangan ini dibuka kepada semua kenderaan berjenama toyota bagi lebih memeriahkan program ini. Program ini sentiasa berulang saban tahun di berlainan negeri....

Pihak kami mengadakan program besar ini di Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan telah pun berlaku pada 29 April 2017 yang lalu. Program TMG ini dihadiri oleh beberapa kelab kereta Toyota daripada serata Semenanjung Malaysia. Antaranya ialah KBAE, Toyopet Gombak, Kelketu, TOCP dan ramai lagi. Jumlah keseluruhannya 38 buah kelab serata Malaysia.
Walaupun jauh, semangat membara persahabatan dan semangat permotoran tidak dapat memadamkan keinginan menghadirkan diri dan kereta masing-masing di bumi Terengganu ini.

Ralitmedia kali ini tidak banyak gambar yang dapat di snap memandangkan kami sendiri terlibat sebagai urusetia. Gambar owner kereta pun habis program baru sempat snap. huhuuhu....

Berbalik kepada program TMG 2017, GTOC telah menyenaraikan aktiviti bagi semua yang hadir dan aktiviti ini berjaya dilakukan. Bagi yang tidak hadir ni, kami senaraikan aktiviti yang telah berlaku pada hari kejadian sebagai imbasan.
  • Autoshow
  • Sukaneka (drag kereta)
  • Cabutan bertuah.
Penat ke? Sangat penat... Tapi berbaloi! Di sini kami dapat melihat kesungguhan dan kerjasama antara ahli GTOC. 

Diucapkan sekalung tahniah di atas kerjasama oleh semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak, terutama ahli GTOC yang banyak berusaha bagi menjayakan program besar ini.

Kami paparkan gelagat yang berlaku pada hari kejadian. Biarlah gambar yang berbicara. 

Acara Drag Kereta


                                                  Pertandingan Mewarna Kanak-kanak










Tips beli tiket penerbangan dengan harga mampu bayar


Pernah semak harga tiket flight tak? Mahal kan? Tiket kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Sabah pun dah cecah RM250 sehala. Kalau pergi bersama keluarga, perlu didarab kesemua jumlah ahli. Tiket flight sahaja sudah mencapai ribuan ringgit. Itupun, masih dalam Malaysia. Kalau ke luar negara yang jauh daripada Asia Tenggara, mau botak kepala kan.

Setiap percutian, tiket flight adalah beban yang sangat besar. Bagi perbelanjaan ke destinasi, ianya tidak menjadi masalah bagi kami. Yang tu boleh bajet seminimum mungkin. Makanan boleh dibekal, tempat tinggal cari yang sekadar tidur malam dan membeli-belah dibuang daripada jadual πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† 

Di sini, kami ingin berkongsi cara mendapatkan tiket flight yang murah. Anda tidak perlu menjadi kaya, atau perlu ada anak-beranak yang bekerja sebagai staf di airline. Bukanlah tersangat murah. Tetapi mampu dan berbaloi untuk membayar. Ini, adalah cara kami.

1. Install app Skyscanner, Traveloka dan Kayak.

Application ini membantu mencari tiket perbandingan harga yang paling rendah. Bukan sahaja trivago sahaja mampu noo... Kenapa bayar lebih dengan penerbangan yang sama? Cuba ingat balik iklan trivago tu. Lebih kurang sama dengan kebaikan application ni. Jangan lupa tetapkan alarm supaya anda tahu bila-bila masa harga menurun.


2. Tarikh penerbangan tidak ditetapkan.

Kalau anda tetapkan tarikh dan bulan sekian-sekian, peluang untuk mendapatkan harga murah amat tipis. Sebagai contoh, anda ingin ke Bangkok pada 12 Dis 2017. Cuba anda cek keseluruhan harga bagi sebulan bulan Disember. Anda boleh bandingkan perbezaan harga yang ketara bagi setiap 30 hari tersebut.

3. Daftar dengan mana-mana Airlines.

Berdaftarlah dengan Airasia, MAS, VA, Cebu Pacific, Garuda, Thaiairways atau mana-mana website Airlines. Untung-untung, anda akan menerima email daripada syarikat penerbangan dengan memberi harga promosi yang terawal.


4. Tidak melengah-lengahkan.

Jika sudah mendapat tiket yang berpatutan, jangan sesekali biarkan berlalu kononnya hendak berfikir dahulu. Maka, memang tak mungkin wujudlah harga tiket sebagaimana yang anda dapat sebelum ini. Harga berpatutan bagi setiap orang tidak sama. Kemampuan hanya boleh diukur oleh tuan badan sendiri. Jika anda rasa anda mampu membayar, terus tempah tanpa perlu berlengah lagi. Harga boleh berubah dalam sesaat cuma. 

5. Promosi.

Setiap syarikat penerbangan mempunyai tempoh promosi bulan-bulan tertentu dalam tempoh setahun. Anda cuma perlu alert sahaja. Tempoh promosi itu keluar hanya seketika. Peluang tiket pada waktu ini kemungkinan separuh harga asal. 

6. Hari beli tiket.

Mulanya tidak percaya, tetapi terbukti bahawasanya, tiket murah pada hari Selasa dan Rabu. Rezeki kami juga, selama ini kami tidak bersekang mata sehingga 3 pagi memburu tiket murah. Jika anda ingin lagi murah, cubalah menunggu selepas pukul 12-4 pagi di hadapan laptop. Waktu itu, kami belum lagi cuba. 

Ini sahaja tips yang kami pernah alami. Kami kongsikan kepada semua bagi menjimatkan wang anda daripada banyak berhabis di tiket flight sahaja. Duit yang dijimatkan itu boleh digunakan berbelanja di destinasi yang anda sudah pun tempah. Jika sudah berjaya, jangan lupa masukkan semual aktiviti membeli-belah di dalam perjalanan anda di sana! Selamat mencuba!

Kegunaan lain Panadol

Sumber internet

Selain itu juga, Panadol ini juga ada kegunaan lain. Yang ni kami tidak pernah berkongsi. Memandangkan kegunaan kedua ini amat berguna, kami kongsi secara umum di sini. 

Bila mana kami menginap di hotel, kami tidak membawa iron. Jadi, kami terpaksa guna iron hotel. Iron hotel ni ada level kepanasan. Iron kami di rumah tiada level dan kepanasannya tidak akan menjejaskan pada pakaian seperti terbakar.

Hendak dijadikan cerita, satu hari tu (nama hotel dirahsiakanπŸ˜…) Kami terpaksa guna iron hotel. Tanpa sedar, pakaian telah pun hangus kerana iron dibiarkan agak lama. Menjerit-jeritlah kami sambil mengangkat iron dengan keadaan kelam-kabut. Tapi, semua tu telah terlambat. Cebisan kain yang terbakar telah pun melekat di muka iron.

Takut dengan harga ganti rugi yang perlu kami bayar, kami cari alternatif dengan membuka channel di youtube dengan buat pencarian "Remove Iron Stains"

Haa...? Pakai Panadol je tanggalkan kesan terbakar di iron? Macam tak percaya, kan? Tanpa berlengah, kami cuba sebutir Panadol dan dijadikan korban pertama. Panadol yang mencair di atas iron meresap kesan terbakar dan kami lapkan menggunakan stokin. Dan hasilnya, berjaya! Kami ambil lagi beberapa biji Panadol dan akhirnya kami berjaya hilangkan kesan kain terbakar di iron hotel.

Gembirannya sebab iron dah elok seperti sedia kala. Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Duit selamat, perasaan pun lega. Kami tiada gambar satu persatu semasa proses menghilangkan kesan. Kalut sangat masa tu. Yang tau, cuma hendak kembalikan seperti sedia kala sahaja. Percayalah, memang menjadi. Selamat mencuba!

Ops, kisah tak bawa Panadol pernah kami kongsikan dulu. Azabnya Allah sahaja yang tahu. Sila klik gambar untuk mengetahui cerita penuh.