Kerja bukan impian

Percaya atau tidak, 85% antara kita ni bekerja bukan dengan minat. Beruntunglah awak-awak yang mana minatnya dibayar. Esok datang kerja dengan penuh keseronokan. Semangat berkobar-kobar nak siapkan kerja semalam. Walaupun kerjanya penat dan sukar, atas dasar minat, maka hari-harinya penuh cabaran yang mengujakan. Lelah nafas yang dihembus terasa puas. Senyum tak mungkin kelat. Senyum bagaikan menyahut cabaran tak sabar untuk selesaikan.

Pernah terbaca, jika di tempat kerja kau tak mampu nak senyum, carilah kerja yang boleh memberi senyuman.

Namun, akibat keperluan dan desakan hidup, kita main cekup je apa sahaja kerja yang ada di depan mata. Janji poket terisi duit. Kerjalah apa sahaja asalkan keperluan rumah dipenuhi. Anak-anak juga tidak terabai.Ada juga yang dipaksa bekerja disebabkan ingin menunaikan cita-cita ibu bapa. Impian ibu bapa tidak tercapai, maka dipaksanya anak-anak. Desakan hidup juga menjadi penyebab.

"Hidup kita sekeluarga susah selama ini. Besar nanti jadi doktor. Gaji mahal."
"Ayah dah tak lama. Uruskan perniagaan keluarga kita."

Maka, ramailah pekerja yang monyok melunaskan kerja sehari-hari. Datang dengan tidak bersemangat, kerja ala kadar, janji ada apa yang diarahkan. Jiwa tersekat. Hati meronta. Kes sakit mental dah makin menular di negara kita. Kebanyakannya daripada tekanan semasa bekerja. Kes begini akan membawa masalah sehingga ke tempat kerja juga. Sesebuah jabatan tidak akan menjadi kuat dengan adanya pekerja yang hilang semangat begini.   

Tanya pada hati, adakah ini yang kita mahu? Hidup kerana kerja? Atau sebaliknya. KERJA UNTUK HIDUP? Manakah yang sepatutnya untuk hidup ini? Cuba bayangkan 20 tahun dari sekarang. Masih sihatkah kita? Sedang melakukan kerja yang sama? Adakah anda sedang tersenyum atau sedang berduka? 

Tepuk dada, tanya selera. 

Pengajian di MPT 2004-2006. Masuk dengan bukan pilihan hati. Dan sungguh tidak sangka kerjaya guru bukan seperti yang dijangka.


Ada baik juga masuk maktab. Di sini kami berjodoh

No comments:

Post a comment