Dari blogspot ke domain sendiri..

Alhamdulillah. Belum terkubur lagi blog ralitmedia setelah tuan asal dia dah beralih ke wordpress. Lama juga fikir nak sambung balik tak blog ni. Content lebih kurang sama dengan web www.nhazlafikri.com tapi lebih daripada perspektif aku. 

Sayang blog ni dah lama buat, rakan pun ramai dah tau passion aku ke arah apa. Dulu berminat ke arah fotografi dan videografi namun dah slow sikit sebab kekangan masa dengan kerjaya. Ni aku  cuba bermain dengan penulisan. 

Kamera pertama beli. canon 500D. Terus masuk kelas guna kamera. Terima kasih Canon Malaysia untuk gambar ni.


Pengalaman tak jauh berbeza dengan nhazla sebab banyak benda buat dan tempuhi bersama. Namun setiap pengalaman kami mungkin berbeza.


aku ni tak berseni sangat tapi tau dari segi teknikal je la. Mungkin penulisan pertama aku ni agak melalut sikit. 

aku cerita sikit la, pengalaman aku dari bertukar arah minat kepada travel. Nhazla @ orang umah aku ni dah lama ajak buat trip secara backpacker. Mula-mula aku malas layan sebab rasa macam tak berani nak keluar negara sebab bagi aku sebelum ni hanya orang kaya dan ada duit je boleh pegi. 

Dua tiga tahun jugak la fikir nak kuatkan semangat nak buat trip keluar negara ni. Tahun 2015, nekad pergi sementelah orang umah duk bising nak jalan-jalan gak hujung tahun tu. Hasilnya backpack la kami ke Bangkok , Thailand dengan naik keretapi. nak naik flight masa ni tak reti lagi nak beli tiket. 


Trip pertama kami keluar negara. stesen keretapi Hatyai singgah sebentar sebelum ke Bangkok.
                               
                       
Sebagai suami dan abah ke dua orang anak time ni, memang fikir ke risiko bahaya je. Sakit demam ke. Last sekali aku yang demam. Anak bini steady je tak ada apa-apa. Nasib baik makan panadol terus ok esoknya. Memang tak ada preparation yang betul.

Pengalaman tahun 2015, kami melangkah jauh sikit ke Jepun. Dapat tiket mampu beli, terus je on. Preparation 6 bulan sebelum pergi. Alhamdulillah trip ni pun berjaya.  Dah berjaya yang ni terus la melangkah ke tempat jauh lagi. 

Dah sampai Tokyo, Jepun. Muka excited tapi control macho sebab nak amik gambar. hahaha

                                   
Ke Aceh tahun 2017, Ala-ala backpack kat Pulau Sabang.


Beijing China, makan sup daging kambing. Ni gambar tengah sedap makan, gambar selepas segan nak letak. Dah terbaring dalam bilik sakit kepala. huhuhu


Roadtrip ke Koh Samui, Thailand tahun 2018. Jumpa makcik ni boleh cakap melayu. Orang Pattani tapi dah mastautin di Koh Samui dari ayah datuk dia lagi.

Latest trip ke Manila, Dah berlima. Ronda Intramuros, kat sini banyak pengalaman berharga dan peringatan yang boleh dijadikan pengajaran untuk jangan percaya sangat kat orang yang baru kenal.


Tahun ni perancangan nak cari salji. tahun lepas xdapat tiket murah untuk ke tempat yang ada salji. Ini tahun harap-harap ada la rezeki. Mana tau rezeki si kecik dalam kendong dapat merasa salji. Otometik la semua dapat rasa. heheheh





2 comments: